Rabu, Mac 31, 2010

Mahasiswa...^^..

Mahasiswa pencari rezeki,
Hidup merantau tinggalkan negeri,
Tinggalkan keluarga yang dirindui,
Dalam penuhi hidup berbaki,




Sebagai perantau ilmu yang tiada henti,
Kesempitan hidup mengajar diri,
Untuk hidup terus
berdikari, 
Sambil belajar mencari rezeki,
Demi penuhi kehendak diri,




Kerana keluarga tiada di sisi,
Di lorong kampus ia berdiri,
Tak henti-henti mencari rezeki,
Demi mencari sesuap nasi,




Untuk meredah perjalanan ini.
Payah pahit kehidupan ini,
Tiada sapa yang bisa mengerti,
Berbekal
sabar didalam hati,
Dikuatkan jua langkah ini
.























Nukilan:anugerah Qudus..hak ciptaan terpelihara..
(^_^)

AdaM....

Adam.. 
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah




Adam ... 
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa
lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.











Adam ... 

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan. 





Oleh itu Adam .. 
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu, 
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
















Muslimah sejati...


Pesanan buat kaum muslimah:

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
 kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukku,
cukuplah hanya cinta ALLAH yg ESA
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwa,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa yang
memberi hangatan kebahagiaan buat diri ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang membahagiakan diri.





Muslimah..
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..
kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama..
ketegasanmu umpama benteng negara dan agama..
dari dirobohkan dan jua dibinasakannya..

diri kita ibarat intan berlian..
lagi dijaga dan disimpan rapi,
lagi tinggi nilainya,
dan lagi mahal harganya..

jangan biarkan diri kita seperti makanan
yang dijual di tepi-tepi jalanan..
terdedah dan dipegang-pegang..
akhirnya menjadi rosak dan basi..

Muslimah..
peliharalah aurat dan maruahmu..
sesungguhnya kita adalah hiasan dunia!