Khamis, Jun 24, 2010

suaTu catataN PalestiNe...












                                   
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Hari nie diriku cuba untuk menunaikan janji sekali lagi untuk berkongsi pengalaman mendengar kisah dari Ustaz Jamal salah seorang sukarelawan Gaza yang terselamat.

Sebelum lebih lanjut diriku meneruskan mencoret warkah ini..
marilah kita semua menarik nafas perlahan-lahan...
dan menghembus dengan penuh kenikmatan dengan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih bernafas ketika ini..
serta tidak lupa...terlebih dahulu...mOh la kita semua berselawat seketika untuk junjungan baginda..
Nabi Muhammad SAW...
yang akan membantu memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak..insyaAllah


Berselawat lah kamu kepada Rasulullah SAW...sesungguhnya orang yang enggan berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah umat yang sombong, bongkakdan terlalu bangga diri..akan dirinya...wallahualam..

Baiklah...pada petang ahad tersebut sedikit maklumat dan ilmu yang telah diriku perolehi dari kisah pengalaman ustaz jamal iaitu mengenai mengapa kapal mavi marmara diserang dan dituduh sebagai pemberontak @ pengganas kepada ziOnis..
begini kisah...
dikhabarkan pihak ziOnis menuduh sukarelawan-sukarelawan kapal mavi marmara memiliki senjata..
nak tau x senjata apa??
kelakar bila di dengar..
dan meluat bila dipikirkan alasan yang di gunakan oleh pihak ziOnis yang bangsat itu..
iaitu pisau dapur....
hahaha...cuba anda semua bayangkan kerana memiliki pisau dapur tujuan untuk memasak dan memotong makanan...(sayur) mereka semua sukarelawan ke Gaza di tuduh sebagai pengganas...
masyaAllah..paranoid betul ziOnis nie...
sampai pisau dapur di tuduh senjata untuk memberontak...
kalau  tak ada pisau dapur tue macam mana lah para sukarelawan Gaza tue nak makan...
xkan lah nak bagi 600 orang makan dengan potong sayur guna tangan kot...
tak kan lah nak suruh karate kan..ish..ish....Israel2!!!...

Berbalik kepada kisah perjalanan ustaz jamal diriku akan cuba kisah kannya berdasar waktu yang telah diceritakan oleh ustaz jamal...

5.00 petang : Ustaz Jamal dan rakan-rakan berkumpul untuk menaiki kapal Mavi Marmara...
-sebelum bertolak mereka diberikan pengumuman- 
"Perhatian...tuan-tuan boleh menarik diri dalam masa 24 jam dari sekarang..jika kita berjaya meredah gelOra untuk ke Gaza dalam masa 15 jam...
insyaAllah kita akan tinggal di sana selama 15 hari...atau seminggu..tetapi jika kita tidak berjaya sampai ke sana dalam masa yang ditetapkan..kita perlu berhenti dan menunggu 9 buah kapal sahabat-sahabat yang lain.(tapi yang sampai 6 buah saja)"

sedikit ulasan:
----> mengikut ustaz Jamal...bekalan makanan yang dibawa oleh kapal mavi marmara hanya cukup untuk 45 hari sahaja...kalau salah seorang sukarelawan hendak menarik diri kelak...
dia perlu menunggu bantuan kapal makanan kargo.

----> terdapat 4 mazhab di dalam kapal tersebut..
semua nya saling bertoleransi dan paham memahami mazhab pihak yang lain..
selain itu terdapat seorang paderi yang berusia 80 an di dalam kapal tersebut untuk mengikuti  misi membantu rakyat Palestine..

" Semasa dalam perjalanan kapal ustaz Jamal telah berhenti di sebuah kepulauan..
di kepulauan tersebut mereka tidak menjumpai ikan di laut..
masyaAllah...manakah ikan-ikan di situ..
adakah ini satu petanda...akan kejadian buruk yang bakal terjadi??
wallahualam..hanya Allah yang Maha Mengetahui...

8.00 malam : perjalanan telah berjalan selama 2 jam di dalam kapal
semua sukarelawan yang beragama Islam saling solat berjemaah...
kerana di maklumkan bahawa ini adalah solat mereka semua satu kapal secara berjemaah yang terakhir..
kerana selepas itu mereka akan berpisah mengikut haluan masing-masing...

10.00 malam : kesemua sukarelawan yang mengikuti misi tersebut di kehendaki memakai jaket keselamatan( life jaket) demi tujuan keselamatan seandai nya terjatuh dari kapal..(tertolak)
kerana cuaca kurang menentu ketika itu..

1.2: gambar hiasan

3.00 pagi : laungan takbir "ALLAHUAKHBAR!!!! bergema seluruh kapal...setelah tersaksi nya...
sekumpulan ikan lumba-lumba yang datang mengiringi kapal mavi marmara.
(petanda dari Allah...mungkinkah??wallahualam...)

4.15 pagi : peristiwa genting...tiba-tiba kapal mavi marmara di serang...
12 Komando Zionis telah datang menyerang...(12 bot) 
ya Allah....!!! mereka telah membebas kan bom asap dan menyerang para sukarelawan mengguna peluru getah dan peluru hidup...
" ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!!Allah Maha Besar!!!!
"para sukarelawan telah membalas serangan tentera Israel dengan pili bom....air memancut keluar mencurah di atas kapal untuk melawan serangan ziOnis yang kejam..
masyaAllah...cuba anda bayangkan jika diri kita di sana pada ketika itu..
dengan hanya mengguna air pili bomba...bukannya senapang atau pisau rambo...dapatkan kita untuk melawan ziOnis...???
alhamdulillah..berkat rahmat dari Allah para sukarelawan mampu membidas serangan tentera ziOnis tersebut dengan penuh kental dan bertawakal pada Allah SWT...

5.15 pagi : setelah sejam pihak tentera ziOnis gagal menaiki kapal mavi marmara..
mereka telah menukar strategi  kotor mereka dengan cuba menakluk kapal mavi marmara mengguna kan helikopter..
-3 orang komando ziOnis telah berjaya turun ke dalam kapal dan menawan sukarelawan turki...-
Nauzubillah cubalah anda bayangkan perlakuan 
tentera-tentera ziOnis yang kejam tue...
tanpa bersifat kemanusiaan mereka telah menyerang 600 orang sukarelawan ke Gaza dengan melepas kan peluru hidup dan menyepak terajang mangsa di atas dek kapal...

YA ALLAH!!..YA ALLAH!!! YA ALLAH!!!

"ketika itu juga...disekeliling kapal mavi marmara di kelilingi kapal tentera marin Israel sebanyak 10 biji..
dan bot-bot kecil sebanyak 30 biji serta 2 buah kapal selam...
ya Allah...xdapat ku bayangkan ketika mendengar ustaz jamal menceritai nya...

perkara yang paling mengagumkan diriku...
walaupun para sukarelawan tidak bersenjata canggih...
dengan semangat dan azam yang kental untuk melawan pihak musuh...
mereka hanya menggunakan penyapu sebagai senjata mempertahankan diri...
Subhanallah....Allah...telah cekalkan lah hati mereka...!!!

-----> hasil dari serangan tersebut mengikut ustaz jamal
hanya 3 orang sukarelawan Malaysia yang ditembak oleh peluru getah iaitu di kepala, belakang dan buntut...

Satu keajaiban dan kekuasaan Allah telah terbukti ketika itu...
iaitu semasa serangan peluru dari tentera ziOnis yang bertubi-tubi tersebut..
angin kuat telah hadir...untuk membantu mensasarkan peluru-peluru terhadap mangsa-mangsa...

SUBHANALLLAH...SEGALA PUJI BAGI ALLAH...

setelah puas menyerang para sukarelawan pihak tentera ziOnis telah meyuruh para sukarelawan yang terselamat berkumpul di kabin kapal..
mereka di paksa berhimpit beramai-ramai sehingga sendat dan sesak...
mereka telah diikat dan disuruh duduk ( duduk seperti duduk antara dua sujud)

Ya ALLAH....bayangkan mereka di ikat dan di suruh duduk seperti sedemikian selama 16 jam sebelum dibebaskan...
betapa peritnya dan  seksanya mereka seketika itu..
dengan perasaan kepenatan, kehausan dan kelaparan...
mereka berjaya mengatasi nya..
dan manjadi kuat walaupun sebahagian dari mereka ada yang berpuasa...
ALLAH...ALLAH...ALLAH...

setelah 16 jam di tahan...
para sukarelawan telah di bawa keluar dari kapal..
setelah pihak Israel melihat pasport yang di miliki oleh ustaz jamal...
pegawai israel tersebut secara spontan nya telah mengatakan "La Israel"
-welcome to israel-
dengan penuh semangat dan tanpa gentar..ustaz jamal telah membidas kata-kata pegawai tersebut dengan membalas..."no!! la Palestine"...
sekali lagi pegawai tersebut tetap berdegil mengatakan no...la israel..

----> satu kejadian yang telah membuat tentera israel hairan dan pelik iaitu semasa para sukarelawan di paksa masuk ke sel penjara..para sukarelawan telah berebut-rebut untuk memasuki penjara tersebut seolah-olah mereka telah bersedia untuk tinggal di penjara tersebut..
subhanallah...betapa kental dan murni nya hati mereka sanggup berjuang demi Islam dan tidak takut pada musuh.. =)

selama 6-7 hari mereka di penjara di sana...
selamanya itu jugaklah mereka tidak mandi dan terpaksa makan makanan penjara yang mungkin berisiko mengandungi racun yang di tabur oleh tentera Israel.

Akhirnya...alhamdulillah..akhirnya ustaz jamal dan sahabat semalaysia telah dibebaskan dan selamat pulang ke Malaysia...
walaupun peristiwa pahit itu telah berlaku terhadap beliau..
namun beliau dan sahabat2 yang lain tetap berazam jika diberi kesempatan lagi untuk mengikuti misi bantuan ke Gaza pasti akan mereka berjuang dan pergi ke Gaza..
wallahualam..
setakat ini saja perkongsian sedikit ilmu dan pengalaman ustaz jamal dari saya...
andai kata bahasa penulisan saya kurang bagus dan jelas..
maaf dipinta...saya hanya cuba mana yang termampu...Allah yang menentukan segalanya...
salam ukhwah untuk semua..
selamat berjihad untuk Islam!!!
save Palestine!!!hate Israel!!!

Rabu, Jun 23, 2010

ADIK DAN PALESTINE!!!

assalamualaikum w.b.t.

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik 
mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng 
kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh 
adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari 
Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi 
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila 
adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai 
baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-
denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar 
Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla 
hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke 
telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid 
cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami 
bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit 
berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang 
syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik
pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. 
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu 
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil 
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad 
pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka 
kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya 
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian 
walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri 
betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat 
tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca 
sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik
baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. 

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-
salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana 
ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, 
hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik 
nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan 
askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik 
dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil 
melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki 
walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid 
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik 
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik 
menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu 
persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium 
pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang 
tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada 
adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh 
walid. Walid tidak bergerak. Walid 
kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri 
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok 
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih 
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa 
orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding 
juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang 
pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik 
nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik 
tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana 
perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu
menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata 
walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan 
kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air 
mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang 
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun 
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk 
diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik 
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang 
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari 
barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat 
cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok 
bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung 
empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah 
laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang 
beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang 
disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak 
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik 
tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh 
menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang 
bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat 
semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-
kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan 
ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-
kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu 
kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung 
adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak 
pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi 
berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam
perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak 
lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik 
menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. 
Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." 
Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya 
menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan 
sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh 
umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan 
peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci
Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak 
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan 
tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera 
itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. 
Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di 
kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan 
adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila 
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. 
Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. 
Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan 
diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia
juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat
cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik
pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu 
lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. 
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik 
mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi 
adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu 
sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak 
makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang 
baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula 
roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan 
gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan 
mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus 
lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar 
ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar 
batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai 
yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung 
ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi 
Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. 
Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-
Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati 
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang 
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas 
ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah 
itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. 
Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. 
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau 
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. 
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik 
ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.
Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-
laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul 
Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang 
pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang 
askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang 
Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak 
Cik Fatima panjang lebar. 

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam 
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama 
Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. 
Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut 
walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk 
tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak 
walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba 
kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang 
dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir 
setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak 
suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri 
org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi 
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal 
juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. 
Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik 
sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan 
akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah 
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga 
adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh 
adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik 
nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik 
sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. 
Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu 
kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. 
Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. dik benci Israel. 
Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan 
tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di
wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... 

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik
berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa 
sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan 
tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut 
adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-
mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik 
nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di 
cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan 
air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak 
walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

wslm.


dipetik dari note Khairul Hafiz