Khamis, November 11, 2010

DOA UNTUK IBU BAPA..

   Ya Allah....
 "Rendahkanlah suaraku bagi mereka.."
 "Perindahlah ucapanku di depan mereka.." 
 "Lunakkanlah watak ku terhadap mereka.."
 "dan lembutkan hatiku untuk mereka.."

   Ya Allah....
 "Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
  atas didikan mereka padaku
  dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
  peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

  Ya Allah....
 Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana   
 aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
 jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
 dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
 dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan   
 kebaikan berlipat ganda.

  Ya Allah....
 Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku 
 Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
 Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
 sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang    
 dinaungi kemulian-Mu,
 ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 "Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
 serta anugerah yang tak berakhir
 dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 Amin Ya Rabbul Alamin..  
  
 (Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung   
 nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,  
 keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang 
 tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan 
 mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya di dahulukan di dunia ini. 

 Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
 Sesiapa yg baca note nie diharap bersegera menghubungi mak ayah..minta ampun dari  
 mereka...)