Ya Allah....
"Rendahkanlah suaraku bagi mereka.."
"Perindahlah ucapanku di depan mereka.."
"Lunakkanlah watak ku terhadap mereka.."
"dan lembutkan hatiku untuk mereka.."
Ya Allah....
"Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah....
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah....
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang
dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
"Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
(Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya di dahulukan di dunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Sesiapa yg baca note nie diharap bersegera menghubungi mak ayah..minta ampun dari
mereka...)