Sabtu, Februari 16, 2013

Lirik Lagu Ujian Hidup- Imam Muda


Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNya akan ku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku berserah takdir padanya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Dia di hatiku selalu
Memberikanku petunjuk ketika perjalanan ku sukar
KepadaNya ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya





Ahad, April 22, 2012

takdir ilahi...

 kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

♥ kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..

♥ kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama yang lain juga, ALLAH yang BERI..

♥ kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

♥ kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

♥ kita BERJAUHAN untuk mencapai REHDA-NYA juga, DIA yang rancang..

♥ kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita...

Dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan..

Andai kamulah jodoh yang di tetapkan ALLAH di luh mahfuz untuk saya.. INSYAALLAH kita akan BERSATU juga walau di pisah dengan jarak dan masa.. Amin.. ♥♥♥

Jumaat, Mac 23, 2012

sekadar nak share..hehe...;)



Tugas ku sebagai farmasi technician..hehe

hari nie 23/3/12

mood ku dalam keadaan baik..sampailah
tiba2 ya Allah aku di uji oleh Allah dengan satu situasi yang klakar pun ada geram sangat-sangat pun ader..

yelah cuba kalian bayangkan..
dengan penuh senyuman ikhlas (ikhlas ker?;) ) ku berikan pada patient ku hari nie
kebetulan patient ku tue staff di sna juga..nama apa...jwtan apa..birlah rahsia..syhhhh...

ceritanya begini...
sewaktu ku nak mendispen ubat mata atau dengan nama lainnya eye drop...
dengan penuh berhikmah nya..(chewah..) ku bagitahu patient..

(dalam bahasa inggeris...ditranslate ke bahasa melayu)

me: "you guna this sp..... eye drop 1 titis 3 kali sehari yer...simpan dalam peti sejuk"
patient : ok..tapi rumah i xada peti sejuk la..macma mna r...nnti ubat nie rosak..
me :: dengan muka yang tersangat2 terkejut...what??xder peti sejuk??betul ker?
patient : yer..rumah i xder peti sejuk..jd mcmana ya..boleh ka simpan kt luar?
me : aku yang bleh dikatakan prihatin pd patient..huhu..." sekejap ya..i tanya pada senior i dulu..boleh ker x ubat nie xsimpan dalam peti sejuk" (senyum...ajer...dalam hati...sabar2...huhu)
my senior : ubat nie kena simpan dalam peti sejuk..jadi kena call doktor la mintak tukar ubat .
me : ok...(dalam hati..ya Allah...lava nak mendidih)

dipendekkan cerita...

me : hello..Dr......O.. i'm phrm tch nak bgtahu u ada seorg pt nie nama.. xda peti kat rumah..so ubat dia kena simpan dalam peti..(xsempat aku nak abes cakap)
Doktor  : so..how...u want me buy her refrigerator hah??
me : sabar ya Allah..sabar (dalam hati)  ( dengan senyum) (^____^) no Dr..can u chnage another eye drop plz..(mendidih2 dlam hati..limpa nie..kuatkan semangat n iman ku ya Allah)
Doktor : ok2 change to this eye drop...bla2...
Me : ok Dr..thank you...(dalam hati...still menggelegak lava)

finally...aku pun  tukarlah ubat mata lain...yang mula2 kena letak dlm peti sejuk..but after open..bleh letak luar...

me : ok i already tell the Dr chnge the eye drop..so...use like bla3....
patient : ok, thank you ya. (smile ^_^)
me : senyum balek (senyum tue kan sedekah) ok.. tapi dalam hati...(syukur ya Allah dh selesai...)
geram..geram jugak tapi...niat ku...lillahitaalla..buat lah kerja mu yang terbaik..sebab kerja kan ibadah...
kadang2 cepat jua ku naik angin..tp bila terfikir kerana Allah..cepat kembali hati ku redha..dan sejuk..

this the true story tiada lakonan semata2 semua adalah benar...huhu
juz nak share...nak baca...baca la..klu xnak baca xper...sharing is caring..
yang penting kerjasama...wonderpet2..ehehe apa yg aku merepek nie..huhu

ok ingat kawan2!!! kerja...mesti lillahitaalla...kerana Allah SWT...insyaAllah...
bukan pujian manusia yang kita harapkan bukan balasan manusia yang kita harapkan..tapi apa yang penting...
keredhaan dr Allah SWT.. (^_^) senyum sokmo..~

sejenak MASA...

Kita sibuk, lantaran waktu yang suntuk...
Kita celaru, lantaran waktu yang cemburu...
Kita kecamuk, lantaran waktu yang kalut...
Kita kebas, lantaran waktu yang pantas...

Namun Hakikatnya...

Allah hanya minta waktu lima kali sahaja,
sehari semalam untukNya...
Allah hanya panggil bila azan berbunyi,
juga cuma lima kali sehari semalam...

Allah hanya minta waktu bila-bila perlu untuk kita berdoa kepadaNya...
Allah hanya minta waktu bila kita lapang untuk kita menambah amalan...
menghadapNya.

Jadi mengapa persis Allah memberi waktu yang tidak cukup...
Sedangkan waktu itu adalah milik Allah seluruhnya.

Insaflah sahabat..setiap manusia Allah Maha Adil dengan memberi masa 24 JAM..
jadi gunakan akal yang dikurniakanNya untuk menghargai masa kita..
untuk melaksanakan tanggungjwb kita sebagai hambaNya...wallahualam..~




Pelajarilah sejarah kalian....(-_-)

status ku tulis bukanlah utk tujuan mendapat publisiti atau nak kalian "like" semata-mata..tapi status yang ku cuba sampaikan sekadar luahan hati dan luahan rasa peringatan utk kita semua sememang manusia yang mudah lupa..perlu selalu diingatkan dan ditegur agar xtersasar dari landasan iman...insyaAllah.. apa yang ingin ku coretkan hari ini hanya ingin mengajak kalian..ya ku tahu kalian "masih muda" kalian nak enjoy sana enjoy sini..bagi kalian apa barang tau sejarah...apa barang belajar pasal tokoh2 dulu..."non my business lah.." "xberkaitan dengan aku pun.." "buang karan jer..." ya kuakui dulu ku jua pernah terfikir begitu...dulu ku jua terlalu buat x endah pada sejarah2 lama...tp ketahuilah kalian...sejarah dicatat dan dicoret dgn penat lelah penulis2 bukan sekadar utk membuang masa..tapi sejarah di coret utk kita ambik ikhtibar dari apa yg telah berlaku..utk kita lebih berfikiran kriis utk mengatasi perkara buruk tersebut tertimpa pada kita.."kalian..cubalah kalian selami kisah perjuangan Sultan Al-Fateh..betapa perit dan jerihnya baginda dan para pejuang berkorban masa,tenaga dan harta utk menawan Konstantinopel...betapa banyaknya nyawa yang terkorban demi menperjuang agama Islam...betapa berliter2 nya darah yang mengalir ke tanah...betapa bergelen2 nya air mata para ibu..isteri,anak2 berlinang di wajah...tapi kita generasi pewarisan..generasi di kehidupan yang senang...lupa pada perjuangan mereka..alpa pada usaha lelah mereka...xmalu kah kita sebagai generasi hadapan???? kalian..cuba kalian bayangkan jika segala penat lelah kalian...diperkotak-katikkan oleh anak2 cucu cicit kalian pada masa hadapan..pasti kalian akan rsa terluka kan...Allah itu Maha Kuasa dan Maha Bijaksana...sebab tue segala ujian di beri Nya pada makhluk2 nya bukan sekadar utk menguji kesabaran hamba2 Nya yang di uji...tapi juga supaya generasi2 hadapan ambil ikhtibar...oleh itu seruan ku kpd kalian...hargailah sejarah...baca lah dan fahamilah serta dalamilah sejarah2 tokoh2 Islam..para2 pejuang..bukan utk mengkondem mereka tapi untuk mengambil ikhtibar dari nya dan merasai subhanaAllah kekuasaan Allah yang telah diberi oleh Allah pada mereka..wallahualam...~






" Pulang kembali kepada rajamu. Khabarkan kepada rajamu Sultan Uthmaniah sekarang berbeza dengan datuk-datuknya yang terdahulu. Khabarkan kepadanya aku mempunyai keazaman yang dasyat. Mengatasi keazaman moyangku. Padaku juga ada kekuatan yang lebih kuat daripada kekuatan moyangku. Kesemua ini supaya aku menawan konstantinopel. Kamu semua boleh pulang sekarang dengan selamat. Aku tidak melayan sesiapapun lagi yang memujuk aku melainkan aku membunuh sahaja mereka. "

Kata-kata Sultan Muhammad Al-Fateh kepada utusan Maharaja Kostantine.

Khamis, Februari 23, 2012

Kelebihan Apabila Kita Bertaubat setiap hari (^_^)

Antara isipati yg sempat di catat..alhamdulillah ku dapat jua ckit td..sparuh jer...sbab blek keja lewat..sob3..melalui program Forum Perdana Ehwal Islam 23/2/12 bertajuk 

"Tau Buat @ TAUBAT" (^_^)


Kelebihan Apabila Kita Bertaubat setiap hari :
1. Tanda kita bersyukur pada Allah atas nikmat taubat yang seluas2 nya dibuka oleh Nya setiap hari..

2.InsyaAllah kita akan memperolehi nikmat utk masuk ke syurga, diberi pahala

3. Hati menjadi bersih

4. Muka berseri-seri...nampak cun/hencem..mengancam

5. Mudah mendapat jodoh..insyaAllah

6. Disayangi makhluk2 Allah

7. Menjadi orang yang berjaya..insyaAllah

(Kata-kata dari Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamisah)

"Pagi-pagi buat DOSA,
Petang lupa buat PAHALA,
Kita BERTAUBAT sntiasa,
InsyaAllah..mudah-mudahan dapat elak bala"

(Pantun dari Ustaz Badli Shah Alauddin)

~sharing is caring...jom kita share2 ilmu...insyaAllah..(^_~)

Khamis, Disember 29, 2011

ada apa pada CINTA??



Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Hamka


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Hamka


Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.
Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)


Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.
Ali bin Abi Thalib


Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.
A’idh Al-Qorni
♥•.♥•Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar

mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah. ♥•.♥•