Selasa, April 13, 2010

Hadis ke~6 halal haram hati.....


HADIS 6 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI



Maksudnya:
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘
1.Muqaddimah
Perawi Hadis ini ialah Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir , yang merupakan seorang Ansar dari suku Khazraj. Ibunya seorang sahabat dan juga saudara kepada Abdullah bin Rawahah. Ayahnya Basyir pernah meminta Rasulullah mengajarnya bersalawat (sebagaimana selawat dalam solat)
2.Halal dan Haram
Pengertian Halal di sisi Imam Syafie ialah “Apa2 yang tidak disebut oleh syarak tentang haramnya.” Manakala di sisi Imam Abu Hanifah pula ialah, “Apa2 yang disebut oleh syarak tentang halalnya.”
Perkara halal dan haram yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur’an dan Sunnah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sami’na wa ato’na…
Halal dan haram itu merangkumi aspek makan minum, pakaian,pekerjaan, muamalah dan segala aspek kehidupan.
Ada perkara haram yang meliputi zatnya sahaja dan ada yang meliputi zat dan kerana selainnya. Dan ada juga yang zatnya halal tapi haram kerana selainnya.
3.Perkara Syubhah
Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.
Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.
Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.
4.Kawasan Larangan
“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”, membawa dua pengertian:
Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal. Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.
Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang haram.
Ketahuilah bagi Allah juga ada kawasan larangannya iaitu segala perkara haram atau maksiat yang membawa kepada haram yang lebih besar.
Contohnya, kisah Bani Israel yang suka membunuh para nabi. Asalnya, mereka hanya menderhaka ajaran nabi-nabi mereka, yang akhirnya melampaui batas sehingga membawa kepada kufur dan membunuh para nabi.
5.Hati
Hati adalah Raja kepda anggota tubuh badan. Sekiranya hati baik, baiklah seluruh anggota. Sekiranya rosak, rosaklah anggota (melakukan maksiat).
Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”






6.Kaedah Fiqh
Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu “ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
Ibnu Abbas/300406..

Ahad, April 11, 2010

Happy Dan Gembira~~

Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama,menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.Bagaimana?Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu…

• Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.

• Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.

• Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

• Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik.

• Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.

• Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.

• Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.

• Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.















Tips Bila Hampir Peperiksaan....

Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa









2.Agar doa makbul-
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan


contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat




-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih







Sabtu, April 03, 2010

Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah






 Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. wallahualam...








Jumaat, April 02, 2010

RENUNGAN SEJENAK!!^^

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI....


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu....
apa khabar wahai tetamu-tetamu di blog ana...harap antum semua tidak jemu membaca blog ana yang masih "baby ini", dengan berusia 3 hari..
Klu dibayangkan usia blog ana ini...jika dterjemah kan kepada bayi yang berusia 3 hari...
kita hanya dapat membayangkan seorang bayi yang sedang nyenyak tidur dan tidak mampu membuka mata seluas-luasnya. Begitulah juga dikatakan dengan blog ana..yang masih baru dan mentah..masih kurang maklumatnya dan isi-isi nya yang padat dan mantap.


Hari ini ana ingin berkongsi dengan antum semua mengenai sebuah kisah yang ingin ana kongsikan kepada antum semua. Tujuan penceritaan ana ini bukan lah untuk mengata dan menuduh mana-mana pihak tapi sekadar perkongsian dan teladan buat antum semua.


Sebelum ana memulakan perkongsian ana ini, terlebih dahulu ana membaca al-fatihah dan takziah kepada arwahyarham Din Beramboi, seniman tanah air dan takziah buat sahabat ibunda ana tercinta arwahyarham Dr Fauzan yang meninggal dunia di sebabkan alergik terhadap kimoterapi untuk rawatan kanser beliau, kanser leukimia. Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di rahmati Allah SWT.amin..


Berbalik kepada kisah ana ingin cerita kan ini, bukan lah kisah yang hebat-hebat tapi sebuah kisah yang sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua.


Antum....
Jika antum semua pikir kita semua sudah mengenal dunia...sebenarnya antum semua silap..
tahukah antum kenapa ana berkata begitu..
jangan lah antum berkecil hati dan marah...
ana berkata begitu sebab ana nak antum sedar sebenarnya antum semua termasuk ana belum mengenal dunia sebenarnya..
cuba antum semua renung2 kan..
adakah antum semua pernah terpikir apa yang berlaku diluar sana
selain palestin apa lagi masalah umat islam yang antum tahu????....
ish...peningkan kepala saja soalan ana kan..
baiklah ana juga tak nak peningkan kepala antum dan juga kepala ana..
jadi ana ingin ceritakan sebahagian masalah yang perlu kita ketahui..
tahukah antum...
diluar sana...syiah ajaran yahudi...satu ikutan..
yang mengamalkan biseksual..
masyaAllah...sangat jijik kan utk kita dengari...
pasti hampir mahu nausea and vomitkan..(loya dan muntah) bila kita dbayangkan...
usahlah bayangkan..lihat sahaja gambar yang ana paparkan ini..
terbukti dan menjijikan..masyaAllah...




gerun kan antum tengok gambar nie...
masyaAllah naik gerun ana lihat gambar nie..
apa lah yang sudah berlaku didunia ini adakah dunia yang sebenar???


ini kisah biseksual..




sekarang ini ana ingin ceritakan kisah "isu couple"
masyaAllah...couple...
hmm..masalah yang amat berat di abad ini..
bukan lah ana nak menunding jari pada yang sedang bercouple tue..
tapi ana ingin mengingatkan kepada yang sedang bercouple itu...
jaga lah tingkah laku antum...
kerana dari ringan-ringan akan membawa kepada berat..
masyaAllah..nauzubillah...mohon dijauhilah semua itu..amin..
takut ana untuk membincangkan dan memaparkan kan nya..
kerana ana tahu isu ini sangat sensitif..tapi apa kan daya
"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
(al-asr)

Khamis, April 01, 2010

PeSaNaN UnTuK SeMua^^...

Di bawah ini adalah kata-kata motivasi yang ingin dikongsi bersama yang dapat menaikkan semangat sekiranya kita didatangkan masalah yang menyebabkan kita hampir berputus asa.( ana dapat kan dari note seorang rakan terima kasih atas perkongsian :) 

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Walaupun begitu Allah S.W.T membenarkan kita untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa melakukannya secara berlebih-lebihan namun bersabar itu adalah jalan yang lebih baik. 

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. – al-Nahl (16) : 126 
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati erti sabar yang sebenarnya.

Setiap individu sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.
Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah. Kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya.

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Maksud firman Allah : 


“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2 – 3) 
U
jian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. 
Firman Allah yang bermaksud:
Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya
(Al-Baqarah: 286) 


Setiap ujian yang melanda pasti akan ada kesenangannya di kemudian hari.

Firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 maksudnya
“Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”
“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139) 




Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, firman Allah: 
“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12) 

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) 

Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musibah itu ada hikmah yang sangat besar. 
Nabi bersabda Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran) 
Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi) 
Sabda Nabi s.a.w ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim) 
Firman Allah Ta'ala:
" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45) 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. InsyaAllah….