Selasa, Oktober 18, 2011

Dialog LEMBU dan ANJING...klakar tapi ada tersiratnya~



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia 
tadi.
      
             LEMBU : eh? kenapa?


ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan
perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing,  pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.
Biasalah tu...

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disertu (disucikan). Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak sertu dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di sertu.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


p/s: dialog ini kiasan sahaja.. Jangan lupa ambil point dalam dialog ni!!! (^_^)





Isnin, Oktober 17, 2011

Munajat Keampunan



JOM KITA BERZIKIR!!!
SEMOGA MEMBERI KEINSAFAN BUAT KITA SEMUA..AMIN...(^_^)

Dalam Sujud Cintaku by Halim

Ahad, Oktober 16, 2011

KeCeKaLan HaTi seOraNg AnaK RaNTau..

Alhamdulillah...
setelah sekian lama hampir setahun blog ku ini tak bertukar catatan baru..
hari nie dengan izin Allah SWT tergerak hati ku ini..untuk menulis kembali dalam blog yang tak seberapa ini...
^_^


Sekadar luahan hati dan rasa..
kalau tak mahu baca...tak dipaksa...
sekadar perkongsian..
ku kini asalnya dari seorang gadis yang tinggal di pekan kecil..
kini kerana mencari sesuap nasi...dan sudah suratan qada n qadar..
diriku dibawa tercampak di bandar METROPOLITAN ini...Bandar Sunway..
sebuah bandar yang gah di PetaLing JaYa seLangor..
pelbagai dugaan dan ujian yang perlu ku tepis dan tahan demi melawan kehendak hawa nafsu..insyaAllah..


apa yang ingin ku kaitkan dengan tajuk post ku hari ini..
adalah mengenai keinginan, kehendak hati, kecekalan dan keizinan Allah SWT yang  sudi memberi ku kekuatan utntuk menghadari usrah di Sg BuLoh baru-baru ini..
SUNGAI BULOH??? kat mana tue??
detik hati ku seketika...
akhirnya dengan izin Allah tiba-tiba hati ku dan akal ku bersatu berkata...
"ARGHHH....REDAH JELAH....KLU XTAU...SIGNBOARD KAN ADA...INSYAALLAH..ALLAH MESTI PERMUDAHKAN SEGALANYA..." sambil tersenyum...hehe
dan Alhamdulillah..walaupun seorang diri...dan tak tau kemana arah tujuan..akhirnya berbekalkan kekuatan dan kecekalan hati serta signboard2 yang ada..alhamdulillah...sampai jua ku ke tempat usrah seorang diri...(ikut lebuhraya GHUTRI)...hehe maen redah jer tue..
hehehe....
klu orang dengar mesti orang kata diriku ini DEGIL...PELIK...DUK JA LAH RUMAH TUE..P USRAH JAUH2 TUE BUAT PA,TAK PENAT KA BARU BLEK KEJA???
tapi diriku tau...buat apa nak penilaian manusia yang penting hanya penilai ALLAH SWT SEMATA-MATA...:)


alhamdulillah..berkata kecekalan hati ini...sebagai anak perantau...akhirnya dapat juga ku bertaaruf dan berkenalan dengan beberapa kenalan muslimat yang sefikrah..dan dapat jua ku menambah ilmu agama yang semakin tipis dalam diri ini..huhu..:"(


"YA ALLAH MOGA KAU BANTU DAN KURNIAKAN KU SAHABAT SEPERJUANGAN YANG DAPAT BERSAMA2 KU BERJUANG DI DUNIA RANTAUAN KU INI DEMI MENEGAKKAN SYIAR AGAMA ISLAM..."AMIN...


kesudahannya...akhirnya malam tepat pukul 10 malam...dengan memandu seorang diri bersama BabyViva ku...alhamdulillah aku selamat sampai ke apartment ku...syukur pada mu ya Allah..(^_^)


"HIDUP INI PERLUKAN PENGORBANAN....SAMA ADA PENGORBANAN DARI SEGI TENAGA,WANG,KASIH SAYANG DAN KEREHATAN.....
HANYA MANUSIA YANG CUBA MENDAPATKAN KASIH SAYANG DAN KEREDHAAN DARI ALLAH AKAN MERASAI BETAPA MANISNYA NIKMAT PENGORBANAN ITU...INSYALLAH..."









mOh kita menyanyi....(^_^)

~♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥~

Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..

Tanya sama ujian apa sebab goncang? Nanti jawab ujian, tanyalah akal..
Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..

~♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥ ♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥









Selasa, April 12, 2011

Pesanan Malaikat Jibril...

Pesanan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Hiduplah kamu sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.

Berbuatlah sesukamu
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.

Cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki,
tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.

ketahuilah bahawa...

Kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya

dan

Kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia.

(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)







Khamis, Februari 10, 2011

kOsOnG......??

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas pembalut hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan sangat manja, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ye.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya,
 “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti la sayang.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa kacau ayah…awal lagi ni ayah nak bangun.”


Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.! “Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sangat ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu simpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong, Puteri isi lagi ye!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

--> Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” kita sendiri. Sebagaimana kita memandang hidup demikianlah kehidupan kita Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana kita memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…








copy and paste dari mentari hidup Fb