Rabu, Jun 23, 2010

Save Palestine!!!

Bismillahirahmanirrahim...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih mengizinkan kit bernafas di muka bumi ini pada ketika dan saat ini..
Alhamdulillah ini bermaksud masih panjang lagi dan masih berliku-liku lagi jalan dan jihad yang perlu kita laksanakan demi menegakkan Islam yang tercinta..


seperti yang saya janjikan..
hari ini Alhamdulillah saya diizinkan oleh Allah SWT untuk berkongsi hanya sedikit pengalaman dan ilmu yang saya dapat semasa megikuti ceramah dan sesi berkongsi pengalaman dengan Ustaz Jamaludin Elias salah seorang sukarelawan yang ke Gaza menggunakan kapal Mavi Marmara.

Pada hari ahad lepas ketika pukul 5.00 petang usai solat asar..
walaupun hanya sejam masa yang dikongsi..
masyaAllah bermacam-macam ikhtibar dan pengajaran yang dapat terbenam di minda ku ini..
sekitar jam 5.00petang ku dan para sahabat tiba di masjid hijau..
dengan nama sebenarnya Masjid Muhibuddin Syah,Ipoh.


Dengan agak exCiTed dan terkocoh kacah kami bergegas mnaiki tangga ke tingkat atas untuk mendengar perkongsian pengalaman dari ustaz Jamaludin atau lebih dikenali sebagai "pak Jamal".
diceritakan oleh pak Jamal bermula kisah beliau dan sahabat-sahabat sebelum pergi menaiki kapal Mavi Marmara sampai lah sehingga ke peristiwa pahit beliau dan rakan2 diserang oleh ZiOnis...


Dimulakan kisah oleh beliau sebuah fakta bahawa tentera ziOnis telah melakukan bom fosforus putih..
hasilnya rakyat Palestine terpaksa menderita kini kerana kesan pengeboman itu menyebabkan kira setiap bulan 150 orang pasti akan di hidapi kanser.
MasyaAllah cuba anda bayangkan klu sebulan 150 orang kalau setahun berapa ribu...
kalau 5 tahun akan datang berapa orang pulak..??masyaAllah...
kasihan mereka dah lah diserang oleh tentera-tentera ziOnis yang kejam dan zalim..
kini dibebani oleh kanser yang datang kesan dari pengeboman..dan yang paling simpati..
masalah ubat-ubatan yang dialami mereka....amat perit didengar dan dialami..
berat mata memandang berat lagi bahu yang dipikul oleh mereka...


"Ya Allah...bantulah mereka...tabahkanlah hati mereka...amin."







Sebelum dimulakan kisah pengalaman mereka biarlah diriku menceritakan serba sedikit mengenai kapal Mavi Marmara.
kapal Mavi Marmara merupakan sebuah kapal yang besar..
agak-agak macam kapal titanic gak la..
yang boleh memuatkan hampir beribu orang..
tapi semasa misi bantuan Gaza yang dilakukan oleh sukarelawan-sukarelawan 
hanya 600 orang sahaja...diulang hanya 600 ORANG sahaja yang berada di dalam kapal tersebut ini kerana sebabkan mereka telah membawa 10tan makanan untuk rakyat Gaza...
masyaAllah 10 TAN makanan, ubat-ubatan dan kewangan!!!cuba anda banyak kan betapa banyak nya makanan 10Tan tue..
yang dibawa oleh sukarelawan-sukarelawan ke Gaza...
tetapi sebenarnya 10 Tan makanan tersebut kurang cukup bagi rakyat palestine..
mesti anda semua tertanya-tanya kenapa banyak makanan yang di bawakan???


Nauzubillah...masyaAllah...
cubalah anda bayangkan beribu-ribu rakyat Palestine di sana
terpaksa menggali tanah, menggali rumput..demi mencari sesuap makan...
bayangkan anak-anak kecil yang kehausan..menangis meminta air...
menangis meminta perut di isi dengan makanan...
betapa syahdu nya terasa....
peritnya hidup mereka di sana...diperlakukan sedemikian oleh Zionis yang kejam..
yang tanpa berperikemanusiaan mencatu makanan mereka..memusnahkan makanan mereka demi membina tembok...demi sifat paranoid mereka yang takut ada bom tanah di tanam di kebun-kebun..ada senjata-senjata yang disembunyi kononya di terowong bawah tanah...


masya Allah menitis air mata ku mendengar kisah ustaz jamal...


bersambung...dairi pengalaman ustaz jamal...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan