Sabtu, Jun 19, 2010

sEkaDaR LuaHan RaSa UntuK sEMua...


Kadang-kadang diriku...
terleka seketika di jendela..teringat kembali zaman silam...
zaman kanak-kanak ku yang penuh dengan keseronokkan dan keceriaan..
tanpa rasa takut akan masalah yang perlu di hadapi..
masih diriku ingat akan peristiwa zaman permainan ku..

hiihi..bermain bersama kawan-kawan xkira lelaki dan perempuan...
hehe...pasti kalian juga akan terimbau zaman manis kalian kan bermain di kampung..
panjat pokok ke sana ke sini..
tapi bagiku itu adalah pengalaman bagi kalian yang membesar di kampung..
tapi bagi diriku yang membesar di taman...
pengalaman panjat memanjat xpernah kurasai..
yang sering ku lakukan setiap hari..
mengayuh basikal( gerek kata bahasa utara) sekeliling taman..
tanpa kenal erti panas dan kulit manjadi hitam...
hehe balik saja rumah..mesti aku akan kena marah dek mak
sebab keluar tengah-tengah hari buta..
hehe...
indah kan pengalaman semasa kecil..
yang pahit seketika dulu..
kini telah menjadi manis bak madu ku rasa..
peristiwa jatuh..dikejar anjing..
menjadi kenangan manis bagi ku..
hihi...kehidupan-kehidupan..(tergeleng-geleng)






Kini setelah melangkah ke alam kampus baru ku sedar
apa itu dunia..
apa itu WORLD!!! bak kata mawi la kan..hehe
ALHAMDULILLAH..
setelah ke dunia kampus..
aku mula kenal kemanisan dan kepahitan dunia yang realiti..
tapi kini ku pegang dengan satu kata-kata seorang ustaz yang pernah ku dengar sewaktu menghadiri kuliah agama seketika dahulu..
katanya:
"kehidupan dunia kampus hanya lah kehidupan fantasi...
kalau anti nak tahu kehidupan yang realiti...tunggu lah di alam pekerjaan nanti...
mampukah anti memperjuangkan agama Islam seperti sekarang...??
bersemangat dan berkObar-kobar..
mampukah anti membahagikan masa antara kerjaya dan suruhan agama...mencari ilmu agama semasa di alam pekerjaan nanti????
masyaAllah..kata-kata ustaz tue betul-betul menyedarkan ku..
akan hakikat yang perlu aku telan...
iaitu terus beristiqamah kerana Allah..
bukan kerana nak seronok..ikut kawan-kawan atau nak mengisi masa lapang..
kini harapan aku hanya satu dapat beistiqamah dalam dalam kehidupan yang sementara ini..
dan melaksanakan yang hanya ku termampu..bukan nya melahirkan janji-janji palsu

"Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak pernah kamu perbuat"
(as-saff : 3)





dan pesanan buat diriku dan para sahabat-sahabat ku..
kurangkan lah berangan-angan seperti mat jenin..
berangan-angan yang terindah-indah kerana bagi hidup seorang pejuang dan para solehah..
tiada perkataan yang indah-indah yang mereka harapkan kerana bagi mereka masa ibarat pedang..
kisah silam semakin menjauhi kita...yang paling dekat dengan kita hanya lah mati...hidup ibarat berlari 100meter..
makin kaki hebat berlari..makin hebat penat dirasai...dan makin hampir kita ke garisan penamat..
Mati itu pasti..hidup itu InsyaAllah..
"sampaikanlah walaupun hanya satu ayat..."
renung-renungkan dan selamat beristiQamah..
wassalam..
19Jun 2010 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan